Followers

Isnin, 13 Disember 2010

mAmPuKHh aKu?????????

                Diriku masih terkapai-kapai mengejar mimpi fantasi yang belum pasti menjadi realiti...

Saat diri layu bersadar pada diding konkrit yang kukuh,aku terbayangkan andai mimpi hanya mimpi pasti hati lemas ditengelami cecair merah yang pekat...namun,andai mimpi menjadi realiti,kedua tangan akan ku tadahkan memanjatkan seribu kesyukuran ke hadrat ilahi.Kerana tanpa kereda'an-NYA tidak mungkin semua itu terjadi... alhamdulilah...

Namun untuk merialisasikan mimpi itu,banyak cabaran yang harus ku tempuhi.Onak duri,gelora lautan,kencangnya tiupan angin sentiasa menati aku dihadapan.kerana tidak senang untuk berjaya.Namun,andai suatu hari nanti aku berjaya pasti akanku terkenangkan saatku jatuh dan bangun.Sehingga titisan air jernih di pipi tidak dirasai.Penat lelah selama ini pasti berbaloi.

Namun persoalannya benakku saat ini mampukan aku?tabahkah aku menghadapi semua ini?

Aku takut suatu ketika nanti saat aku rebah,aku tidak mampu untuk bangkit meneruskan perjuangan.Aku takut prinsip yang aku pegang selama ini iaitu "BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL" hanya kata-kata yang mampu diluahkan
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan