dErita diulit usia dimana aku melihat seorang wanga emas yang terdampar dipinggiran usia tanpa ditemani oleh anak-anak yang suatu masa dahulu ditatangnya bagai minyak yang penuh.Dulunya,tika aanaknya digigit oleh seekor nyamuk pun si ibu sanggup memarahi,menengking,mengejar hingga ke telusuk dinding pun sanggup untuk membunuh nyamuk yang menganggu tidur nyeyak anaknya.Namun si anak tetap tegar meninggal ibu yang telah mengandungkan,melahirkan,mendidik,membelai tika dia ditimpa malang,menemaninya tika ke bangku sekolah,dan sanggup bergadai harta dan nyawa untuknya melanjutkan pengajian hingga ke menara gading di rumah usang ditemani oleh warga emas yang lain.Meninggalkan si ibu dengan berjuta janji-janji manis.
Namun sehingga detik ini,si ibu tetap ditemani oleh titisan air jernih di pipi kerana merindui si anak yang tetap disayanginya hingga akhir hayat.Luahan warga emas itu padaku " walau sebesar dunia ini pun dosa anakku,aku tetap ampunkannya dunia dan akhirat,kerana dia satu-satunya anak yang aku lahirkan"tersentuh naluri kecilku dan tanpa ku sedari mengalir air jernih di pipiku bila mendegar cerita si malang.Dengan segera,aku mengusap agar si malang tidak menyedarinya,kerana aku tidak ingin dia susah hati keranaku.Aku ingin kehadiran ku padanya adalah kenangan indah padanya.Saat waktu solat tiba,kami berjemaah mengerjakan solat bersama-sama.Aku berada di sisi si malang.Tika takbirrahtuehram yang terakhir aku derpaku dan terkaku saat melihat si malang rebah di pangkuanku.Tanpa aku sedari,air mata ku mengalir tidak berhenti.Bukan ku pinta,namun itu yang berlaku.Si tua telah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuanku.Amat sayu rasa hati ini.Dan tika ini aku amat merindui kehadiran insan malang itu.Aku berterima kasih pada YANG ESA kerana memberi peluang untukku merasai pengalaman itu dan menemukan aku dengan insan yang sungguh istimewa bagiku itu yang tidak semua orang dapat.Beliau padaku telah mengajarku apa erti hidup ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan