Followers

Ahad, 17 Julai 2011

~ AKU DAN SAHABAT ~ NUKILAN BUAT SAHABAT~

Di sini bermulanya ikatan persahabatan kami yang kami sendiri tidak duga kerana saat ini satu demi satu persamaan antara kami mula dirasai...ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam dimana kata SAHABAT itu timbul dan terungkap dari bibir...

                                
Setiap senyuman yang kami cuba paparkan adalah ikhlas walau setiap kali itu hati kami bagai dirobek ketidakadilan dunia....
               Mungkin ader hikmah dugaan TUHAN kepada kami sebulan itu . . .WALAU kami diuji  dengan pelbagai dugaan melanda,namun kami tabah menghadapinya,kerana hati dan akal kami bersatu dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul. . .
 Tanpa disedari selama sebulan itu jua kami telah mengenali hati budi masing-masing agar tidak timbul salah faham suatu hari nanti...Sahabat cuba memahami setiap luahan masalah yang dialami sahabatnya...
                    Tak sangka selama sebulan itu jugalah kami telah berkongsi kekuatan,kelemahan,suka,duka,gelak tawa dan tangisan. . . tapi kami tetap kuat menghadapi semua itu sehingga kepenghujungnya....
             Tidak sangka luaran nampak lembut namun hatinya tetap kuat untuk berdepan dengan dugaan TUHAN.Aku percaya dan yakin dia akan terus kuat dan berani berdepan dengan onar kehidupan masa hadapan....
               Kami berkongsi rasa,cerita,masalah dan semuanya agar sahabat tidak terbeban keseorangan dengan masalahnya...Kami percaya TUHAN MAHA ADIL...walau bagaimanapun dugaan terhadap kami,kami tetap bersatu walau jarak memisahkan kami,masa meninggalkan kami kerana ikatan PERSAHABATAN kami  tidak hanya disini dan hari ini tapi untuk selamanya dan dimana sahaja kami berada. . .
               Kami juga berkongsi minat yang sama iaitu membantu mana yang mampu dan menyangi warga emas yang dipinggirkan oleh anak-anak mereka...Kami mengikat 1 janji dimana kami tidak akan membiarkan orang tua kami terkapai-kapai tanpa jagaan kami suatu hari nanti.
  Walau kami berlainan agama,bangsa,keturunan,darjat,pangkat dan segalanya.Ia bukan penghalang bagi kami untuk menjalinkan ikatan PERSAHABATAN.
 Bagi kami,kami 1 dunia,1 asia,1 asia tenggara dan 1 MALAYSIA ...Niat kami bersahabat adalah penting...Bukan niat nak bermusuhan....Kenapa perlu dipertikaikan semua itu ???Kerana bagi kami,hidup di dunia ini hanya sementara,tiada masa untuk dibazirkan ke arah itu....
  Bangun dan terus gagah membantu anak bangsa kami agar tidak terus leka dibuai kekayaan kan kemewahan dunia.Berbakti pada ibu bapa keluarga,semua orang yang tertindas serta negara,itu yang kami pegang....
 Kegembiraan pada wajah bukan bererti kami gembira tapi ketahuilah senyuman yang kami ukir itu adalah untuk anda semua,untuk kebahagian dan kekuatan anda semua.Kerana bagi kami senyuman adalah ubat kepada setiap kesakitan...
 Kami akan terus bangun walau beribu kali kami jatuh tersunkur kerana kami berkongsi setiap kekuatan yang kami ada...
       Ingat wahai SAHABAT KU walau apa pun terjadi pada dunia ini,kita tetap bersahabat hingga akhir hayatku....Biar susah senang kita hadapi bersama...Maaf jika aku pernah menyakiti hati mu walau secebis sekalipun,kerana tiada niatku menyakiti hatimu....
 Terus kuat dan berdikari wahai sahabat kerana aku tahu engkau mampu hadapi semua itu sendiri.Namun andai kau memerlukan bantuan atau nasihat,jangan lupa,dibelakangmu aku setia menunggu untuk menghulurkan bantuan selagi aku mampu...Kerana jatuhnya setitik air matamu,hatiku jua bisa merasai.Kerana Persahabatan kita terjalin dari hati bukan hanya dibibir....
 Semoga engkau terus berjaya menuntut segala ilmu yang engkau cari di tempat orang...Berhati-hati disana,Kami di Malaysia setia mendoa'n perjalanan pergi balikmu selamat dan setiap ilmu yang engkau perolehi disana akan diberkati TUHAN...Jaga kesihatan disana dan ingat doa restu dari ayah bonda dan kami sahabatmu mengiringi perjalanan perjuanganmu...Salam sahabat . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan