Followers

Jumaat, 5 Ogos 2011

Sujud pada-NYA . . .

Saat aku terkapai-kapai keseorangan , kaku melutut di penjuru sudut kamarku , ditemani sepi kegelapan hening malan bersama-sama titisan air jernih semakin laju menuruni sudut-sudut pipiku . Aku buntu akan arah tuju hidupku ini . Mengimbau kembali sejarah yang pasti terpatri dalam noktah hidupku ini .
Panggilan memanggilku untuk pulang ke tanah tumpah darahku amat menyenangkan hati pada awalnya .Bagiku walau apa jua rintangan yang akan aku hadapi aku mesti sampai jua ke tanah airku untuk mereka yang menanti kepulanganku. Semua menu yang aku dambakan sekian lama telah siap aku senaraikan . Keriangan hatiku ini sungguh tidak terduga . Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu isi hatiku . Memang pelbagai dugaan aku perlu hadapi saat aku ingin membeli tiket penerbangan ku itu . Oleh kerana hati yang kuat berdetik untuk pulang ke tanah air , aku kuatkan jua kudratku untuk terus melangkah berpuluh kilometer dan ditemani pancaran terik matahari kearahku . Terdetik dihatiku , kenapa semua ini harus berlaku saat aku diberi peluang untuk beristirehat bersama keluarga tercinta  . . ? Aku tetap gagahkan kudratku sehingga aku berjaya jua mendapatkannya . Terima kasih tidak terhingga buat semua yang banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung . bersambung . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan