Followers

Selasa, 4 Oktober 2011

aku insan yang lemah~~

                Salam berbahagia pada semua entri2x...pagi yang indah ini ku capaikan nota kecil ini hanya untuk mengukir apa yang tersirat dalam benak fikiran dan apa yang terbuku dalam naluri ini yang tak bisa di ukir pada mana-mana nota realiti.Aku sedar dan aku reda' aku insan dan hamba-NYA yang lemah untuk menghadapi hidup ini.Aku "bodoh" dalam menghadapi realiti dan dugaan hidup yang amat kecil dari yang  maha esa.Aku terlah memburukkan lagi keadaan.Aku amat berterima kasih apa insan yang menyedarkan aku dan insan yang selama ini sebenarnya dekat dengan aku yang boleh membantu aku.Tapi selama ini aku tidak sedar sebenarnya dialah SAHABAT yang aku cari yang boleh faham aku dan boleh membimbing aku.Tapi aku sedar aku tidak boleh bergantung padanya selamanya,hanya aku boleh cari bila aku hilang arah dalam hidupku.Bukan bermaksudku untuk mencarinya bila susah,tapi aku akan mencarinya untuk berkongsi bahagia dan deritaku seperti mana juga dia...aku sentiasa ada untuk dia...ia menyedarkan aku akan tanggungjawabku,kerana semuanya ada dalam tangan ku.Aku hanya memerlukan secebis kekuatan untuk bangkit dalam ini semua,tapi aku amat lemah untuk semua ini.Dimana harusku mencari kekuatan itu dalam diriku?Aku sendiri tertanya pada diriku.Kenapa semua ini berlaku padaku?Ya ALLAH KAU berikanlah aku kekuatan itu untuk menghadapi semua ini.Betul apa yang dia kata yang aku sering membesarkan sesuatu yang sebenarnya kecil dan bisa diselesaikan dalam sekelip mata,dan aku sentiasa memberi alasan untuk melambatkan proses menyelesaikan semua itu.Aku x tahu kenapa aku jadi begini,yaaaa... aku tidak mahu semua ini berlaku tapi aku sendiri tidak kuat menghadapi semua ini.Apa peranan aku?Subhanarllah lemnahnya aku~~ Dimanakah kekuatan itu,bodohlah aku jika aku bertanyakan soalan itu pada dia akan dimanakah kekuatan itu kerana jawapannya pasti ada pada diriku sendiri . . .Otakku bercelaru hatiku hilang ketenangan jiwaku kacau hanya kerana diriku sendiri . . .Subhanarllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan